Sejarah Kelab Keluarga GIQ

Pada 18 Ogos 2005,Pusat Teknologi Maklumat atau pada ketika itu di kenali sebagai Unit Teknologi Maklumat yang beroperasi di Bangunan MPAJ 2,Pandan Indah, telah memulakan aktiviti Hari Keluarga bertempat di Bagan Lalang,Sepang.Aktivti ini adalah satu aktiviti yang di uruskan secara tak rasmi oleh Unit Teknologi Maklumat dengan menggunakan nama Kelab Keluarga IT (KKIT).Aktiviti tersebut di jalankan secara bergotong-royong di kalangan staf -staf Unit IT yang mempunyai bilangan sekitar 15 orang ketika itu.

Logo Kelab Keluarga IT (KKIT)

 Pada tahun 2006,USIM telah berpindah ke Bandar Baru Nilai dan Unit Teknologi Maklumat telah di tukarkan dengan nama Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklunat (PPITM).Pada 14 Jun 2006 atas usaha beberapa pihak,satu mesyuarat khas telah di lakukan khusus bagi tujuan penubuhan Kelab Keluarga secara rasmi.Pada masyuarat tersebut Kelab Keluarga PPITM telahpun di tubuhkan dan Pengerusi pertama kelab ini adalah Cik Yussavialina Hamdan.Kelab ini pada ketika itu melantik Y.Bhg Prof.Dr.Kamaruzzaman Seman,Pengarah PPITM sebagai Penaung dan En Idris Takyan serta En Shaharudin Ismail sebagai Penasihat ! dan Penasihat II.Atas persetujuan semua Kelab Keluarga PPITM telah di beri nama sebagai CEKMITE.FC (Center for Knowledge Management and Information Technology Family Club).CEKMITE.FC juga memperkenalkan logo baru yang di rekabentuk oleh Saudara Shahreza Mohamedin,Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ketika itu.

Logo CEKMITE.FC

Pada tahun 2007,Kelab CEKMITE.FC telah pun memulakan aktiviti hari keluarga yang pertama di bawah nama baru ,di mana aktiviti tersebut di jalankan di Sungai Congkak.Saudara Shahreza Mohamedin telah di lantik sebagai Pengarah Program bagi aktivti tersebut.
Pada 4 Januari 2008,Kelab CEKMITE.FC AJK pertama telah di bubarkan dan di ganti dengan AJK yang baru.Pn. Nurin Aiza Abdul Aziz telah di lantik sebagai Pengerusi baru Kelab CEKMITE.FC iaitu Pengerusi kedua dalam sejarah penubuhan Kelab CEKMITE.FC.Antara aktiviti yang telah di jalankan ialah Program Hari Keluarga di Port Dickson,pertandingan tenpin boling Piala Pengarah,Majlis berbuka puasa dan lain-lain.
Pada Tahun 2010 PPITM sekali bertukar nama iaitu Pusat Teknologi Maklumat  (PTM) di mana pengarah pertamanya adalah Dr.Kamaruddin Saadan.Pada tahun yang sama juga AJK Kelab CEKMITE.FC telah di bubarkan.Seluruh ahli kelab CEKMITE.FC pada ketika itu telah sebulat suara memilih En Shahreza Mohameddin sebagai Pengerusi Kelab CEKMITE.FC yang baru.Walaunbagaimanpun berlaku pertukaran jabatan pada ketika itu yang melibatkan En Shahreza.En Amirul Falanee Hasnan  yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi telah dilantik sebagai Pengerusi bagi menggantikan En Shahareza.Di bawah kepimpinan En Amirul,aktiviti Kelab CEKMITE.FC diteruskan seperti biasa.Antara aktivitinya ialah meneruskan pertandingan tahunan tenpin boling Piala Pengarah,Program Hari Keluarga di Casa Rachado Beach Resort,Port Dickson,Majlis Berbuka Puasa dan lain-lain.AJK ini telah berjaya menjalankan tanggungjawab sehingga Februari 2012.
Pada Februari 2012,Kelab CEKMITE.FC sekali melantik AJK yang baru.Kali ini Saudara Mohd Radzif Mohd Razali pula di beri amanah dan tanggungjawab untuk mengetuai kelab CEKMITE.FC.
Pada tahun 2012, kelab CEKMITE.FC ketika itu telah mengambil inisiatif untuk membuat penjenamaan semula nama dan logo baru kelab ini memandangkan ia tidak bersesuaian dengan nama jabatan ketika itu iaitu Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Kelab CEKMITE.FC telahpun membuat pertandingan mencipta logo dan nama baru untuk kelab. Hasilnya sekali lagi kelab keluarga ini bertukar nama iaitu CITEF (Center of Information Technology Family Club) .Maka bermula tahun 2012 kelab keluarga ini bergerak atas nama CITEF.

Logo CITEF

Aktiviti di jalankan seperti sebelum ini antaranya Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah, Program Retreat dan Hari Keluarga di Terengganu dan sebagainya. Pada tahun 2014 kelab CITEF diterajui pula oleh En Arif Izwan Kusairy. Beliau meneruskan program sedia ada seperti Program Hari Keluarga di Kalumpang dan sebagainyai sehingga tahun 2016.En Izwan Norzam meneruskan kepimpinan seterusnya sehinggan tahun 2018. Antara aktiviti di bawah kepimpinan beliau adalah seperti Program Motivasi di Tadom pada ketika ahli – ahli CITEF semakin berkembang di mana keahlian dianggarkan sekitar 90 orang.Pada tahun 2016 sekali jabatan bertukar nama iaitu GOAL-ITQAN.Bagaimanapun nama CITEF terus di gunakan sebagai identiti Kelab Keluarga Jabatan sehingga tahun 2018.

Comments are closed.